Wednesday, October 14, 2015

meenaboutiquehouse

Butik Meena atau dikenali sebagai Meenaboutiquehouse yang sangat "famous" di area Temerloh ni. Orang temerloh je yang tahu tempat ni dimana dan gimana ditubuhkan. Okay for readers yang tengah baca atau yang memang tak tahu dekat mana meh koi bagitahu dekat aokme. Butik ini terletak di dynaton bukit angin dan kedainya terletak tingkat satu atas Rosza Outlet. Seperti yang korang tahu dah namapun butik mesti "mindset" korang fikir yang butik ini jual baju je kan?

Jangan risau butik meena ini menjual pelbagai barangan wanita seperti handbag berjenama , aksesori wanita , barang perhiasan wanita dan yang paling penting baju kurung moden yang begitu banyak sekali dan harga memang sangat murah.
Nampak bukan koi nak menipu aokme, Jadi marilah ramai ramai memeriahkan lagi meenaboutiquehouse ini.

Koi buat blog ni sebenarnya bukan cuma untuk mempromosikan butik ini sebenarnya tapi untuk mempersiapkan assingment atau tugasan yang diberikan oleh madam koi. 

MARKETING MIX / campuran pemasaran
 PRODUK

Okey dari segi campuran pemasaran pula butik meena ini dilihat dari segi variasi produk dia yang memang banyak atau dalam bahasa omputih dia Multiple. Haha. Yelah sebab apa, seperti yang koi cakap la, butik ni jual macam macam baju,seluar,aksesori,barang mekap dan lain lain lagi memang khas untuk wanita wanita dan gadis gadis untuk berpakaian kemas dan sopan.

Harga

Okey seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas, salah satu produk atau pakaian yang dijual di butik meena iaitu Jubah Raiqa. Okey jangan pandang pandang lama-lama tu adik koi kang kena bedal kang, gurau - gurau. Harga Jubah tersebut ialah RM179 dan sekarang terdapat diskaun serendah RM145 jimat duit aok aok semua sehingga RM34. Harga yang sangat berpatutan jadi yang sedang melihat jangan lepaskan peluang sementara diskaun masih ada.

PROMOSI

Cara butik meena ini mempromosikan barang mereka sangat senang. Seperti yang aok aokme sedang tengok, koi mempromosikan barang tersebut sambil menggunakan kemudahan yang sedia ada iaitu secara online. Tak perlu menunggu customer dengan lama hanya dengan secara online kita dapat menarik pelanggan untuk membeli di butik meena ini.

TEMPAT

Tempat butik meena ini terletak sangat strategik kerana terletak di bandar Temerloh. 

Pemilik Perniagaan

Okey, yang terakhir sekali ialah pemilik perniagaan atau empunya meenaboutiquehouse Kak Meena.

JanganLupaFollowIG
 https://instagram.com/meenaboutiquehouse

Untuk mendapatkan barang atau ingin membeli barangan dari butik meena boleh menghubungi +6017.208.0063